Rabu, 5 Januari 2011

۞ Numerology atau Wafaq ?

Saya pernah terbaca satu tulisan yang mendakwa nombor Sayidina Ali ialah 9

9 x 1 = 9
9 x 2 = 18  ... 1+8 = 9
9 x 33 =  297 ... 2+9+7 = 18 = 1+8 = 9

Nama Ali membawa maksud Yang Maha Tinggi. Nombor 9 dikatakan nilai nombor paling tinggi.
Selepas nombor 9 .. hanya ada ulangan nombor 1 dan 0

Cuba pula lihat di kedai makan India Muslim, selalu ada terpampang nombor 786 pada bahgian atas dinding - saya guna petunjuk ini untuk bedakan kedai Muslim dari kedai kafir bila nak makan nasi kandar. Kesian juga tengok minah bertudung dan mamat kopiah makan kat Restoran Lotus di Jalan TAR sebab kat dapor dia tu ada tokong Hindu untuk manderam pelanggan, macam pelaris lagu tu.

Nombor 786 ialah wafaq untuk kalimah Bismillah ... bagaimana ini boleh terjadi? Sebenarnya setiap huruf dalam tulisan Arab juga diberi nilai tertentu. Contohnya nilai campur semua huruf dalam kalimah BismillahiRahmaniRahim ialah 786. Pening juga pada mulanya!

... dikatakan cop mohor Nabi Sulaiman
3 x 12 = 36 ... 3+6 = 9

۞ AlQuran Surah 33, ayat 3 :  Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.



0 ulasan:

Catat Ulasan

| Top ↑ |